Wednesday, June 22, 2011

Rahsia BIBIR

  1. Gadis yang mempunyai bibir segar dan kemerahan dikatakan pandai menjaga kesihatan tubuh, bersifat periang, berfikiran terbuka dan senang bergaul dengan sesiapa saja.
  2. Gadis yang bibirnya selalu terbuka berpandangan luas, optimis, bersikap "gila - gila" tetapi amat berdisiplin dalam melakukan kerja.
  3. Gadis yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan dan kebebasan, berfikiran terbuka, tidak suka berpura - pura, kuat menyimpan rahsia serta gemar bersolek
  4. Gadis yang mempunyai bibir yang nipis selalunya banyak bercakap, degil, pandai merayu, hipokrit, suka membuat keputusan terburu - buru tetapi amat yakin pada diri sendiri.
  5. Gadis yang bibirnya kecil molek pula mempunyai gaya lincah, bersifat keanak - anakan, manja, was - was, bersikap terbuka, cepat tergoda dan cerewet.
Haha...sebab apa Chu bold & highlightkan fact no.2 &3 tue???Hmm..tapikan part suka berahsia & gemar bersolek tue rasanyer tak kot...korang plak camner?

No comments: