Monday, December 12, 2011

JANGAN


Jangan Terlalu Susah hati Dgn Urusan Dunia


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.

Jangan tidur selepas solat Subuh.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Jangan menangguh untuk taubat bila berbuat dosa kerna mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesam a manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat and membuat fitnah sesama rakan taulan.
Rosak persahabatan Hilang Bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Riak dan sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


"Banyakkan MUHASABAH DIRI SENDIRI..."

2 comments:

AmirFX said...

Thanks 4 sharing.. Selamat beramal juak untuk ktk..

e F a said...

maksih for sharing tok chu.. :))